Thursday, 27 August 2015

SUSHI SIMPLE DAN ICE BLENDED APPLE


Seronoknya Pabila ada opismate yg kreatif tentang makan2 simple nie. 
Big thanks to Stephanie Yu (we call mummy) atas idea2 beliau. 


Resepi Ice Blended "Sour Green Apple"

3-4 biji Epal Hijau
1 biji Lemon
1 pkt Ice Cube
1 pkt Asam boi (digunting halus)
Blender Ice



Resepi Sushi Simple

1 pkt Seaweed
10 biji telur (rebus n hancurkan)
Parmesan Cheese
Garlic Power
Oregano / Parsley
Lada Sulah
Carrot (Potong Memanjang)
Timun Jepun (Potong Memanjang)
1 bantal Roti

Ini la bahan-bahannya.....

Gini Rupa telurnya kasi hancur n masukan bhn2 serbuk semua, gaul kasi rata


Gini la lebih kurang gayanya ha ha ha 
Hambik ko gulung besar2..... Nak kemas sangat lain kali...
Yang penting masuk keperut kenyang

Seronok rasanya bila ada yg rajin share resepi simple gini kannnnnn

Thanks Mummy....

Wednesday, 26 August 2015

Jamuan Raya di Kampung Sg Pinang, Klang

Jamuan raya kat kampung (tapi tak berapa kampung sbb dekat dgn bandar dah)

 ( Bagus jugak idea ni, masa nie la boleh jumpa orang kampung, x larat jugak nak beraya dari satu rumah ke rumah)

Saya hanya minum air je, dah kenyang sempat beraya rumah makteh tadi untuk bekpes....
Ayah ajak singgah kot2 dapat jumpa orang seusianya, maklumla ayah tak duduk sini Rindu la kot


Budak2 sukala ice creme

Air Coctail katanya


Muka Ketua Kampung Sungai Pinang

Ayah saja singgah sbb nak jumpa orang kampung aka orang lama yg dah lama tak jumpa

Pakcik Musa hi hi hi

Orang Kampung 



Thursday, 20 August 2015

TINGKATAN 6 OR POLITEKNIK OR DIPLOMA OR UITM

 Adakah anda juga seperti saya dlm dilema....

Bukan saya sahaja anak pun begitu, sekadar berkongsi dari yang lebih arif.... saya copy paste je untuk rujukan sendiri dan famili

Apa yang penting anak2 nak belajar lagi, kita bagi dorongan je... Mudah-mudahan ini yang terbaik dan diberkati Allah dan impian jadi kenyataan...

12 kebaikan masuk Tingkatan 6

01. Terus Sambung Ijazah

Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.


02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan. 


03. Kerja Kursus
Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.


04. Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. ;)


05. Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.


06. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 


07. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu. 


08. Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.


09. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.


10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara. 


11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.


12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.


Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!


http://www.cikguhailmi.com/2015/03/12-kelebihan-masuk-tingkatan-6.html

Thursday, 6 August 2015

Jamuan Raya


Jamuan Raya Di Office
Dengan Idea pelbagai masakan dari 13 negeri Di Malaysia. 
Please spot me ha ha ha
Alhamdullilah masa ni je kami dapat berkumpul semua. Sekarang memasing mmg sibuk giler
handle project utara selatan timur dan barat. Walaupun satu office kekadang bercakap waktu lunch je.
Document controller pun kekadang boleh jadi Singa Jadian. Pejam celik pejam celik dah hampir 20 tahun aku disini dgn pelbagai designation, department n bos yg pelbagi ragam but I'm still here (tikam dada).....

Tetiba aku disuruh utk menghias meja negeri sembilan, mentang2 aku orang negori... petang tu gak aku dera sepupu aku ijam cari bahan panjat sana panjat sini...(Ijam pun byk idea gak siap panjat pokok kelapa lagi)
maka terhasilla yg tak berapa seni nya.
Sbb belum sempat ku menghias barang2 ku telah dicuri oleh negeri2 yg lain.
Ni hah lomag n rondang cili api (masakan terbaik totap uwan den gak)

Negeri Terengganu Keropok Lekor n Nasi Dagang

Buah-buahan dari dusun En Kamal kek Rembau kecuali nangko tu jo boli

Sabah

Kelate mari

Perak - Rendang Tok la,
 jantung pisang tu pun tetiba boleh ada gak situ penat den cari semalam

Penang - Roti Jala

Selangor - Soto

Pahang - Lemang Bakar 
(actualy saya pun x tahu pasal menu nie sbb dah berpuluh tahun kawin dgn orang pahang baru ni tahu masakan nie, our CEO yg request, opismate saya orang Raub yg buatkan)

Melaka - Wajid n Dodol

Perlis