Monday, 7 September 2015

Interior Dapur

Gambar2 semua nie dari sumber media sosial sebagai rujukan untuk diri sendiri. Tatapan kalian semua, mungkin boleh membantu dari segi deco n idea utk dapur yg senonet kecik mcm umah saya
Simple je

Modern Sikit

Uncle Sam Shah Alam

Area Sek 15 Dataran Otomobil. Lepas singah kat Az-zain cari makan utk lunch. Pusing2 terjumpa restoran nie.

Mak Jemah dah lapor ni... Jom Kita masuk

Inilah makcik makan utk lunch


Nasi Kandar - Lan Kedah



Restoran baru kat alam avenue sek 16 padang jawa. Just nak try nasi kandar orang melayu. 



Nasi Arab Simple

Sebagai seorang isteri n mama kepada anak seramai 5 orang. Terpaksa fikir menu ringkas simple senang utk disediakn utk makan malam. / waktu mood rajin tgh mendatang ke hi hi hi
Alhamdullilah setakat ni sempat sediakan sebelum jam 8 malam.
Resepi ni saya goggle. Sbb tgk sedap n simple. Lagi2 anak2 mmg hantu dgn nasi arab.
Terima kasih pada www.enyabdullah.com kerana berkongi resepi

Resepi Nasi Arab Simple

Bahan-bahan untuk Nasi
3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk) – sebab rempah sup ni ada jintan manis, jintan putih cengkih, lada hitam, ketumbar dan buah pelaga. Semua ni adalah bahan asas nasi arab. Jadi pakai je lah rempah sup pun dh memadai. :D
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi - boleh gantikan dengan butter
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras basmathi – saya pakai beras siam biasa je :D
8 cawan air rebusan ayam / stok ayam  - ni ikut orang lah, kadang sukatan air nasi kita ikut periuk kita dan beras apa kita guna kan :D
Pewarna kuning atau oren
Cili hijau / cili merah muda
2-3 Bawang besar dibelah 4

Bahan kisar (untuk tumis nasi dan perap ayam panggang)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus dan bahagi 2 bahagian, satu untuk tumis nasi dan satu untuk dibuat perap ayam panggang. Lebihkan sikit untuk bahagian tumis nasi tu :D

Cara masak nasi (menggunakan rice cooker biasa) :
Cuci beras dan tapis airnya.
Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis bahan bahan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik baunya. Padamkan api

  Pindahkan bahan tumis tadi kedalam rice cooker. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Tekan  "COOK" Biar mendidih. Kemudian masukkan beras yang dicuci tadi. Tutup dan biar nasi masak seperti biasa.

 Apabila nasi masak, buka tudung, dan titik kan pewarna oren di atas nasi beberapa bahagian. Masukkan daun sup diatas tu dan tutup balik tudung periuk. Biar rice cooker dalam keadaan warm.

Bila nak hidangkan nasi, karih nasi dengan senduk dan warna tadi akan bercampur campur jadi cantik je nasi tu :)
Bahan Ayam Panggang
1 ekor ayam sederhana size
3 inci halia
3 sudu besar rempah sup
2-3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
Sedikit lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar yogurt - optional tak pakai pun ok
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit butter dicairkan.
Bahan kisaran diatas

Campur semua bahan dan gaul rata. Jika kering tambah sedikit air.
Lumurkan pada badan ayam dan perap selama beberapa jam sebelum dipanggang.
Masa panggang sekali sekala sapu butter cair  pada ayam supaya kulit ayam nampak garing dan cantik.

Bahan Salsa Tomato
7-8 biji tomato. Dipotong dadu kecil kecil. Sebiji dikisar halus.
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah – buang biji dan potong dadu kecil
3 biji cili padi – potong halus
3-4 sudu perahan lemon – boleh gantikan dengan cuka
1-2 sudu besar gula
Sedikit garam

Campur semua bahan gaul rata dan siap. Rasakan manis dan masam tu pandai-pandailah adjust sendiri ya. Macam buat acar jelatah timun

Cara Saya mmg simple abis......
Beras guna yg sediada dirumah, malas nak beli beras mathi
oh sedap la (dah buat 2-3 kali)

Ni lah rupa yg tak berapa nak cantik mcm Restoran kedai Arab tu. Tapi alhamdullilah anak2 suka n cik abe sonyummm hi hi hi, maknanya sedap lah tu


bakar dalam kuali ajaib jo




Ok dah settle.
Alhamdullilah 
Simpan utk rujukan akan datang.

Genting Highlands

Salam Hari Kemerdekaan Malaysia ku Tercinta....

Semoga Negaraku Malaysia sentiasa aman damai makmur dan melahirkan ramai yang cerdik pandai dalam bidang agama Islam, sains dan teknologi dan ekonomi.

Jauhkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sentiasa bersatu padu, hormat menghormati.

Aminnnn



Bangganya aku dilahirkan di Bumi bertuahmu.... terasa bangga lagi pabila benderamu berkibar indah di tiup angin. 
Ya Allah, Syukur sangat 


Stop makan di genting sempah sebelum naik ke genting


Lama betul x singgah disini, nampak bersih dan kemas je so selero lah sikit nak makan, cari kedai yg selalu singgah sini x jumpa owner tu... so bedal je lah kedai yg mana2


Bersih 
Teratur sangat


Pintu masuk SkyWay


Nak bawak Si Bongsu ke Genting, Ahmad Qaiser belum merasa lagi.....
Gayat dia ha ha ha siap nak turun lagi 
Dulu2 saya pun gayat gak, lama2 tu dah biasa

ermmm makcik lupa Genting tgh under construction katanya..
So indoor je lah yang ada 3 games jo...main la sampai puas
Nak Masuk Rumah Salji lain lak bayaran nya

Takpe la, janji anak2 gumbira
Naik la 100 kali pun bayaran byk tu je lah....


Tak adventure langsung, sibujang 2 orang tu mmg boring giler lah hi hi hi


Nasib princes2 ku seronok melayan adiknya

Tot Tot Tot naik la seribu kali pun

ni yang Ke3 lak, ini je lah yg hadooo

mcm kat funfair kampung jo

Akhirnya anak2 terunaku seronok bila masuk Rumah Salji. Ini photo saya ambik dari cermin luar. Tak berapa nak jelas. Bukan main happy lagi mereka. Saya dan cik abe malas nak masuk. Lets anak2 bergumbira je. 
Saya nak rasa yg real punya salji je. Dah puas main salji olok2 ha ha ha 

Beli 3 kpg gambo 4R RM106 termasuk GST. Yang tu mmg cantik photographer bertauliah yg ambik. Tekan rega perghhh bukan main lagi. 
Tapi sbb malas nak ke studio ambik gambo anak2.
Why not KuREDHO jo...

Si kenit aku x padan dgn keciknya... Abang2 dan kakak2 dia melayan 
tarik sana, tarik sini bergaya betul, 
Abang dia pulak bawa meluncur kat atas tu.
Sara and Lisya bukan main lagi
ok lah tu Janji Happy, 40 minit dalam tu pulun sampai abis waktu.
Nampak anak2 ku bergumbira pun dah syukur alhamdullilah
Terima Kasih Ya Allah atas nikmatmu


1 kad cover utk 4 orang. Makanya aisey register for 2 card.
Boleh la cover anak yang ramai mcm den ni. Discount 10% sapa nak bagi punkk
Valid sehingga 4 tahun
Since register pun free. 
Wah baguskan dia punya marketing.
Genting belum siap lagi dah cari pengunjung
Ini harus diaplikasi kan untuk bisnes saya. Bagus tetiba idea datang mencurah2 hi hi hi

Jom masuk sini Beauty Care - Nour Ain/Maajun Warisan Keluarga/Makjun B Power
https://www.facebook.com/pages/BAJU-Renang-Muslimah/360763100689737

Mana tau saya berbaik hati nak offer apa2 ke?
Ini lah RM yang perlu dibayor utk sorang
Per Ride RM8.50, lebih baikla bayor ikut pakej (menteri kewangan bagi cadangan)


Sekian percutian pendek utk segmen kali ini.
 Semoga di lain kali di waktu lain ditempat lain pulak
TQVM kerna membaca