Sunday 20 December 2015

RENDANG SEGERA

Sebagai seorang karier woman cum isteri solehah cum mama mithali kepada  5 orang anak cum pendobi cum chef (berapa byk cum da.....) Apa-apa aje lah kannnnn. Terkadang masa mmg mengejar saya huk huk huk pagi dikantor, petang sudah dipikir masak apa ? Dinner apa ? Jadinya kenalah kreatif kekadang memikirkn menu2 utk suami tersayang busuk n anak2.

Tara..... instant rendang dah try a few time mmg sedap n terangkat. Simple and easy cooking hi hi hi

 Sempat la gak kan masak rendang tu.... 
Cuma kurang pedas sikit n kutambah serai sikit bagi umph.

Ok Alhamdullilah dah siap dlm 1/2 jam jo. 
Yg pasti halal n toyibba ku beli di Azzain Shah Alam

Ada gak air tangan ku 

Thursday 17 December 2015

Big Plate Kg Melayu Subang

Dah lama tak ke Restoran nie, Big Plate nie dah lama wujud. Teringat zaman saya kena jaga site office  untuk projek Badong pipeline dolu-dolu. 

Tersinggah x sengaja. Actually perut masih kenyang lagi. Tapi anak2 suka makan mushroom soup yg dihidangkan dlm roti. Singgah lah kejap

Inchi Somi order nie je...

Suasana dalam kodai...

Saja try yg ni utk Ahmad Qaiser

Mee Tarik Bandar Enstek


Saja Inchi Somi bawak makan kat sini. Ok gak sejak bertugas di KLIA ni byk tempat makan yang mmg Inchi Somi suka share dgn anak2. 

Tempat nie dulu estate zaman kecik2 saya dulu selalu la kesini atok n uwan lalu shorcut nak ke Nilai naik motor bertiga hi hi hi. 

Uikk Uwan den masa tu cun melecun putih dan bertahi lalat manis. Indahnya zaman kanak-kanak dulu...main main main makan makan makan.

Nak magrib pi Masjid kat bawah tu (Kg LBJ) jalan kaki dgn uwan...
Dengar Ceramah agama sampai tertidur aku ha ha ha


Tetiba keluar citer zaman kekanak lak hi hi hi...

Ni peberet anak2 aku tu yg ayah mereka bawak tu....
Mee nya di buat kat situ gak ala-ala Mee Tarik yg tengah popular sekarang nie
Terlopong anak2 aku nengok sambil makan2
Ok not bad... 

Seminar Keusahawan

Saya dapat tahu kursus ni dari viral kampung hi hi hi
Sesekali kena tambah ilmu jugak dalam ilmu bisnes nie
Saya mmg suka dengar apatah lagi kalau ada yang berkaitan ilmu perniagaan, kekdg dapat ilmu baru, yg penting kawan baru (network tu yg penting), walaupun jauh menyimpang dari bisnes yang sedia ada.

Saya sangat setuju bidang pertanian adalah LUBUK DUIT seperti yang di beri tahu oleh Encik Yazid. Klau tak diberitahu bahawa rock melon paling manis datangnya dari Batu 6 Sementa Klang... ha sekarang baru tahu. Itu pentingnya ilmu, suka mendengar dan membaca

Thursday 22 October 2015

Kambing Bakar

KAMBING BAKAR JALAN KASSIM, MERU KLANG

JJCM hi hi hi, entry kali ini kita pi Pekan Meru

Pada hemah saya klau ada anak kocik, ontikan jo lah nak kesini.

TETAPI Klau korang berdating kira oklah pergi ke tempat ni. Pada saya ok je sbb mmg hari2 dating dgn somi dan anak2. Citer itu citer ni. 

Malah mesti ada tahap kesabaran yg tinggi untuk menungggu hokey...

Anggap je klau nak kesana kira bersantai, happy2 insya allah kalian tak menyesal tungggu lama.

Berbaloi-baloi.


ni Ayam penyet, sambal dia mmg terbaik sedap siottt, tak nyesal la tunggu lelama kannnn

gini la rupa daging kambing yg korang kena tunggu 2-3 jam utk isi tekak kalian, jadi bila kalian kesini kena ubah mind set tujuan just nak happy-happy nak santai2, hati tenang bawak la novel ke laptop ke bagi anak korang main...

Ni no tipon kalau nak booking tempat


ni gerainya.... tujuan utk lepak2, bukan untk isi perut yg sedang keroncong
Sabar itu Separuh dari Iman...

Ni menunya...

Monday 28 September 2015

Chocolate lover - Lollipop

INGINKAN SESUATU YANG ISTIMEWA DIHARI BAHAGIA ANDA???? 

NAH !!!  DESIGN CANTIK DAN RARE KATANYA...
SESUAI SANGAT UTK DIJADIKAN 'DOOR GIFT' UNTUK TETAMU 

PERKATAAN YG BOLEH DILUAHKAN SIMPLE AND MEANINGFULL .......

UTK CORPORATE GIFT - CLASS GITUUU!!!




GOLD BOX NAMPAK MEWAH


IN SILVER BOX NAMPAK LEBIH KLASIK LAGI - TERASA2 KEENAKAN CHOCOLATE MELTING DLM TEKAK HI HI HI

SPECIAL REQUEST - EID MUBARAK

PASTI CLIENT2 ANDA GUMBIRA MENERIMANYA
CUKUP SEKADAR SEBAR COKLAT BETAPA MEREKA DIHARGAI

COMBINASI YG CANTIK

SIMPLE GIFT - ALA2 MODERN

NAK GAMBAR NORA DANISH PUN HOKEYYY


NI ANAK2 PASTI TERUJA BILA DAPAT BIRTHDAY PACK MCM NIE.....
MENGEMBIRAKAN ANAK2 PUN DAH DAPAT SATU PAHALA

NAK BENTUK NIE PUN DAH CANTIK.....


SEPERTI DI KOTA KERIANGAN BILA DAPAT MCM NI KANNNN
TAK KETINGGALAN JUA... FROZEN YG MENJADI KEGILAAN ANAK-ANAK

TARA....

ABADI GAMBAR SI COMEL ANDA.......

MACAMANA NAK ORDER : WHATSUP : 012 216 8781
ig : KEDAIANAKCOMEL

Monday 21 September 2015

Temerloh ku singgah


BANDAR TEMERLOH 
Salah satu daerah suamiku dibesarkan dan akan berceritala kemanisan n keindahan zamannya....hi hi hi, entah2 belajar bercinta jugak di daerah ini. Ada ku kisah!!!! suspen gak 

Alhamdullilah ku singgah lagi disini yg entah ke berapa kali.
 Restoran ikan patin tempoyak traffic light. Ikut putaran jam Masak tempoyak daun ada mcm style orang nismilan sikit, ikan goreng patin, sup cendawan, masak patin tempoyak

Pekan sari /pasar sari Temerloh. 
Tuan besar baju belang sedang mengetuai rombongan bersama bodyguard hi hi hi. 
Lebih seronok dia menikamati jualan agak2 ada yg menarik hati berlama2 la Qaiser disitu.

Tikar mengkuang kat belakang tu menarik perhatian mam besar
Kerepek pun hado. Tapai pulut kegemaran cik abang pun hado. Dah tau dah mesti dibelinya...

Adoiii geramnya tgk mangga tu, ku tabahkn hati ha ha ha


Ha ko meriah tak ??? memacam ada......

Ni ha buluh dah siap potong2 nak buat lomang, tak payah la koma pi cari dalam hutan.
Pilih je la nak yg kocik n godang ko....

Dari angle yg lain pulak... orang je x jual hua hua hua

Ikan menjadi perhatian tuan besar......

Pokok herba....... Pilih la utk dapur anda

Ni klau beli sudip kacau dodol ni agak2 adik ipar aku nak tak buatkan dodol utk raya nnti kek umah omak den, mcm la umah omak den xdo sudip bosar tu kannnnn...... 
(Harap2 adik ipar terbaca blog aku nien rasa kesian kat kakak ipar dia yg sorang nie..Ahak !!! Dodol resepi mak dia sedap banget
Kuasa membeli sgtla besarnya. 
Boleh ku tambah kolexsi stor ayah hi hi hi

Sabarkn hati ....tengok sungai pahang jap tarik nafas. Pergh lega!!!
Inchi somi dah pesan jgn beli memcm lain kali boleh datang lagi. Amboiii dah hafal rupanya hati aku nie. 
Oh memcm buah n sayur nak ku beli ok sabor makngah yo.
Ubi kayu ni klau direbus dgn gula merah mmg sedap kan ada lak kopi kampung perghhh sgt terangkat
Ni ha la Sungai Pahang, tempat nak beli ikan patin sangkar / ikan talapia sungai. 
Ada satu kg area situ, kami pernah singgah berhari raya salah seorang di rumah adik beradik pelakon lama S. Roomai Noor (Ayah kpd Noorkumalasari / Anita Sarawak) ada kena mengena la gak dgn belah Mak Bentong.
 Al-fatihah utk S. Roomai Noor.

Tempoyak pilih je la yg mana berkenan

Ikan yg dimasukkan dlm kolam pilih je yg mana satu, takkan nak pilih yg dlm sungai kot ha ha ha 

Talapia masak lomak cili api mmg terbaik la, omak mentuo lalu pun eden x nampak
itu la sangkar ikan.....