Monday 9 May 2016

Uitm segamat johor

Tu barang bujangku nak masuk uitm ngalahkan orang nak pindah umah
ni hotel yang kami menginap 
ni katil ha ha ha x tau dah brp org yg pakai
mcm2 peta yg boleh tengok
operasi lap mengelap lemari lak

alhamdullilah, antara kemudahan setiap tingkat belikn oat 3in1 / nestum je la

Ayam Masak Minang

RESEPI AYAM MASAK MINANG 
- sumber resepi dari hasil internet

Nak kongsi resepi ayam gulai minang yang angah buat.
Mungkin darah yang mengalir tu Minang gak jadi mmg terasa mcm sebati je dgn den ni ha 

~Gulai Ayam Minang~

1/2 ekor ayam
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
2 inci kunyit *
2 biji bawang besar (sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
3 biji cili merah * (tambah cili padi sekiranya mahu pedas)
2 biji cili hijau * 
3 batang serai *
1  helai daun kunyit *
3 helai daun limau purut dibuang tulangnya *
1 cawan santan pekat (setengah dijadikan santan cair)
2 keping asam gelugur
Garam & gula  secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan bertanda * dikisar sehingga halus dan ditumis sehingga masak (kering airnya). Masukkan ayam dan biarkan mereneh  sehingga air ayam tadi kering.  Tambahkan santan cair, garam dan asam keping dan kacau sehingga mesra.  Kemudian tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.

Gara2 ke Tanjung Malim semata2 nak makan ayam kampung style padang/minang di Andri Nasi Padang Tanjung Malim.
 Nasib inchi somi layan gak tekak ku ini. Sebenarnya tau pasal kedai ni masa saya terlibat dgn projek pengambilan tanah utk dam dan pipeline di Sg Rasa Project. Lama dah projek nie anak dara ku pun dah 14 tahun hi hi hi. Kedai nie pun sebenarnya dah pindah utk yg tergoggle dan terjumpa.
 Alhamdullilah mmg rezeki BABY dalam perut nie nak merasa hi hi hi. Disebabkan kedai tu jauh benor kan... so bila teringin payah lak nak kesana. Jadi bila lagi nak tunjuk skill memasak aku yg ada pasang surutnya ha ha ha 
 Alhamdullilah menjadi la jugak tu sbb tgk inchi somi tambah nasi je... anak2 lagi lah kan 


Panaskan Minyak dulu ya puan2 n tuan ahak!!!

Ni rupanya kasi naik bau dulu.... 


Masukkan ayam gaul hingga kecut ayam itu

Masukkan santan dan perisakan dgn garam, asam koping

TARA DAH SIAP PUN GULAI MASAK MINANG

makan dgn nasi putih pun enak, dgn nasi impit pun sodap... lagi lama pi perangat kan lagi la mesra rasanya....
x rugi den cuba