Sunday 17 May 2015

DARC Denai Alam

Sejak somiku bertugas di hujung minggu ni, Bila time dia offday je aku sebagai ketua kaki jalan dan perancang ekonomi ehhh mcm Rafidah Aziz lak

Bila dapat je off day ujung minggu aku akan gunakan sebaik mungkin offday somi itu membawa anak2 berjalan kew, cuci mata kew, makan2 kew. 
Selalu nya tiada bantahan dari somi (luv u so much) ha ha ha sbb tempat yg aku ajak tu mesti best punya ha ha ha. Somi mmg ayah mithali, suami penyayang. Alhamdullilah. Ruginya sbb inchi somi xkan baca ini blog tapi cukupla saya tahu dan anak2 tahu dan merasainya. Amat saya hargainya, muaahhhh panjang2
 Tujuan utama nak bawa si bongus explore haiwan2 sbb dia dalam proses tengah mengenal.Tak percaya tengok je lah si bongsu tu.... punyala berani nak bagi makan carrot tu kat si kuda tanpa guna tapis.... Omak dia lak yg takut..hi hi hi. Bila abangnya lepaskn, terus je dia menerpa kat kuda tu,  siap pegang2 mulut kuda tu...

 Ini memang aktiviti Khalisya yg paling dia suka, siap suruh register nak belajar naik kuda. Tengok la senyum sampai ke telinga.




Ini saya ambik dari seorang blogger punya photo, saya punya terdelete lak gituuu. Bayaran mampu milik. Memang best santai2, lepak2. 
Klau uolll ujung minggu boring2 ok la kesini, dari klang xlah jauh sangat kan. Disini saya suka sbb staff nya ramah tamah termasuk student kat sini. So kita rasa enjoy n happy2

Klau di Putrajaya pun ada gak dekat dengan PICC, dulu rajin gak kesana