Monday 7 September 2015

Nasi Arab Simple

Sebagai seorang isteri n mama kepada anak seramai 5 orang. Terpaksa fikir menu ringkas simple senang utk disediakn utk makan malam. / waktu mood rajin tgh mendatang ke hi hi hi
Alhamdullilah setakat ni sempat sediakan sebelum jam 8 malam.
Resepi ni saya goggle. Sbb tgk sedap n simple. Lagi2 anak2 mmg hantu dgn nasi arab.
Terima kasih pada www.enyabdullah.com kerana berkongi resepi

Resepi Nasi Arab Simple

Bahan-bahan untuk Nasi
3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk) – sebab rempah sup ni ada jintan manis, jintan putih cengkih, lada hitam, ketumbar dan buah pelaga. Semua ni adalah bahan asas nasi arab. Jadi pakai je lah rempah sup pun dh memadai. :D
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi - boleh gantikan dengan butter
2 sudu besar minyak
4 1/2 cawan beras basmathi – saya pakai beras siam biasa je :D
8 cawan air rebusan ayam / stok ayam  - ni ikut orang lah, kadang sukatan air nasi kita ikut periuk kita dan beras apa kita guna kan :D
Pewarna kuning atau oren
Cili hijau / cili merah muda
2-3 Bawang besar dibelah 4

Bahan kisar (untuk tumis nasi dan perap ayam panggang)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3- 4 inci halia
Kisar sehingga halus dan bahagi 2 bahagian, satu untuk tumis nasi dan satu untuk dibuat perap ayam panggang. Lebihkan sikit untuk bahagian tumis nasi tu :D

Cara masak nasi (menggunakan rice cooker biasa) :
Cuci beras dan tapis airnya.
Dalam kuali kecil, panaskan minyak dan cairkan minyak sapi. Tumis bahan bahan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik baunya. Padamkan api

  Pindahkan bahan tumis tadi kedalam rice cooker. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Tekan  "COOK" Biar mendidih. Kemudian masukkan beras yang dicuci tadi. Tutup dan biar nasi masak seperti biasa.

 Apabila nasi masak, buka tudung, dan titik kan pewarna oren di atas nasi beberapa bahagian. Masukkan daun sup diatas tu dan tutup balik tudung periuk. Biar rice cooker dalam keadaan warm.

Bila nak hidangkan nasi, karih nasi dengan senduk dan warna tadi akan bercampur campur jadi cantik je nasi tu :)
Bahan Ayam Panggang
1 ekor ayam sederhana size
3 inci halia
3 sudu besar rempah sup
2-3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
Sedikit lada hitam
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar yogurt - optional tak pakai pun ok
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit butter dicairkan.
Bahan kisaran diatas

Campur semua bahan dan gaul rata. Jika kering tambah sedikit air.
Lumurkan pada badan ayam dan perap selama beberapa jam sebelum dipanggang.
Masa panggang sekali sekala sapu butter cair  pada ayam supaya kulit ayam nampak garing dan cantik.

Bahan Salsa Tomato
7-8 biji tomato. Dipotong dadu kecil kecil. Sebiji dikisar halus.
1 ulas bawang besar
1 biji cili merah – buang biji dan potong dadu kecil
3 biji cili padi – potong halus
3-4 sudu perahan lemon – boleh gantikan dengan cuka
1-2 sudu besar gula
Sedikit garam

Campur semua bahan gaul rata dan siap. Rasakan manis dan masam tu pandai-pandailah adjust sendiri ya. Macam buat acar jelatah timun

Cara Saya mmg simple abis......
Beras guna yg sediada dirumah, malas nak beli beras mathi
oh sedap la (dah buat 2-3 kali)

Ni lah rupa yg tak berapa nak cantik mcm Restoran kedai Arab tu. Tapi alhamdullilah anak2 suka n cik abe sonyummm hi hi hi, maknanya sedap lah tu


bakar dalam kuali ajaib jo




Ok dah settle.
Alhamdullilah 
Simpan utk rujukan akan datang.

No comments:

Post a Comment